Bekas Atlet Menembak Negara Kembali ke Rahmatullah

Salam takziah buat keluarga arwah bekas atlet menembak negara yang disahkan telah meninggal dunia.

Allahyarhamah Muslifah Zulkifli, dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi ketika berusia 35 tahun.

Arwah merupakan bekas atlet menembak negara, beliau terlibat dalam Program Podium bermula 2015 hingga 2017 yang lalu.

Antara pencapaian serta sumbangan arwah untuk negara ialah ketika berjaya merangkul pingat gangsa pada temasya Sukan Asia di Acheon, Korea Selatan pada tahun 2014 bagi acara Rifle 50 meter berpasukan wanita.

Selain itu arwah juga pernah mewakili Malaysia di Sukan Komanwel, Glasgow Scotland pada tahun 2014 bagi acara Rifle berpasukan wanita.

Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Muslifah Zulkifli, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Sinar Harian

Leave a Reply

%d bloggers like this: