Pertembungan Dua Manchester, dimenangi oleh City

Perlawanan Manchester Derby, boleh dikatakan pertemuan abang adik antara Manchester United dan Manchester City. Namun begitu, pertembungan yang sentiasa hangat di atas padang dan juga di luar padang kali ini sedikit hambar.

Perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Manchester City 2-0, sekaligus membolehkan skuad kendalian Pep Guardiola membawa pulang 3 mata.

Manchester City memulakan perlawanan pada separuh masa pertama dengan garang, apabila berjaya mendapatkan jaringan pertama hasil jaringan sendiri pemain Manchester United Eric Bailly pada minit ke 7′.

Penjaga gawang United, David De Gea sekali lagi tewas apabila mudah diperdaya oleh Bernardo Silva yang berjaya menjaringkan jaringan pada minit ke 45′ permainan.

Bersambung babak kedua permainan, Manchester United masih buntu dan tidak dapat mengatasi pertahan Manchester City untuk menjaringkan sebarang jaringan di halaman mereka sendiri.

Antara percubaan terbaik ialah menerusi voli kencang bintang United Christiano Ronaldo pada separuh masa pertama namun gagal menghasilkan jaringan.

Sementara itu di halaman sosial ramai penyokong The Red Devil meluahkan kekecewaan mereka, tidak kurang juga ada yang melaungkan slogan ‘Ole Out’ yang ingin pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer segera diganti.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, trade in kereta lama. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: