Adik Darjah 6 Ini Berhenti Sekolah Untuk Bantu Keluarga

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang individu mengenai kisah seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun terpaksa berhenti sekolah bagi membantu keluarganya.

Shahrun Nasrun, berkongsi kisah mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun menjual Face Mask di kaki lima sebuah kedai.

Beliau yang menghampiri kanak tersebut bertanya berapa harga face mask yang dijual, kanak-kanak tersebut hanya menjawab harga seikhlas hati.

Selepas ditanya lagi, adik tersebut menjawab sudah tidak bersekolah semenjak dari darjah tiga lagi kerana ayahnya yang sakit tidak boleh bangun.

Kini kanak kanak tersebut dan kakanya terpaksa bekerja bagi membantu keluarga.

Beliau seterusnya mengikuti kanak-kanak tersebut balik ke rumah bagi melihat sendiri keadaan keluarga tersebut.

Benar seperti yang diberitahu, kanak-kanak tersebut dari keluarga yang susah, bapanya dilihat terbaring diatas tilam yang nipis. Mereka sekeluarga terpaksa menyewa di sebuah bilik kecil yang didiami oleh 6 orang.

Shahrun Nasrun juga sempat berpesan agar ibu kepada kanak-kanak tersebut mendaftarkan kembali anaknya untuk ke sekolah seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya.

Semoga ramai lagi pihak yang boleh membantu adik ini dan keluarganya agar mereka boleh menjalani hidup dengan lebih baik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: