Budak 1 tahun 9 bulan Lemas dalam Kolam Renang Buatan Sendiri

Seorang kanak kanak lelaki dilaporkan telah meninggal dunia hari ini akibat lemas dalam kolam renang buatan sendiri.

Kanak kanak malang tersebut Rayyan Mikhail, berusia 1 tahun 9 bulan dijumpai lemas oleh bapanya di dalam kolam renang berhampiran dengan kediaman mereka di Kampung Balun, Slim River.

Menurut Ketua Polis Daerah Mualim, bapa mangsa yang menyedari kehilangan anaknya selepas itu menemukan anaknya lemas di kolam renang buatan sendiri.

Bapa mangsa kemudian membawa kanak kanak tersebut ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan kecemasan, pada ketika itu kanak-kanak tersebut masih lagi bernyawa.

Kemudian mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Seri Bainun Ipoh, namun akhirnya kanak kanak tersebut telah disahkan oleh Doktor meninggal dunia pada jam 2.30 pagi.

Salam takziah buat keluarga mangsa, semoga tabah menghadapi ujian ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Bernama

Leave a Reply

%d bloggers like this: