Aksi Myvi Kuning ‘Tewas’ Tergolek Seperti Adengan Filem Hollywood

Setiap hari ada sahaja adengan yang melibatkan kenderaan kegemaran ramai rakyat Malaysia iaitu Perodua Myvi.

Sehingakan ada beberapa group Facebook ditubuhkan semata mata untuk para netizen berkongsi mengenai aktiviti golongan yang dianggap ‘King of Malaysia Highway’ tersebut.

Sebuah video yang dikongsikan di media sosial semalam menunjukkan sebuah Perodua Myvi terlibat dalam satu kemalangan yang agak mengerikan apabila kenderaan tersebut bergolek beberapa kali di atas jalanraya.

Myvi Kuning tersebut berjaya dirakam oleh seorang pengguna jalanraya melalui rakaman Dashcam camera yang diletakkan di belakang kenderaannya.

Kenderaan tersebut dilihat dipandu dengan agak laju, lalu hilang kawalan ketika melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan lain. Disebabkan itu, kereta tersebut terbalik dan bergolek beberapa kali di atas jalanraya persis aksi dalam filem Hollywood.

Walaubagaimanapun, punca sebenar kejadian belum dapat dipastikan. Diharapkan pemandu Myvi Kuning tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Antara komen dari netizen

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: