Video Kanak Kanak Perempuan Selamba Bermain di Birai Koridor Apartment Undang Cemas

Sebuah video yang dikongsikan oleh seorang individu di media sosial menimbulkan cemas di kalangan netizen yang menyaksikannya.

Video seorang kanak-kanak perempuan dilihat bermain dan berlari di birai koridor sebuah apartmen dipercayai berlaku di Selayang Selangor itu dirakam oleh salah seorang penghuni apartmen di situ.

Tindakan berani kanak-kanak tersebut seolah olah tiada perasaan takut dengan ketinggian merisaukan orang ramai, ini kerana sedikit sahaja kesilapan bakal mengundang tragedi.

Kanak-kanak perempuan tersebut dilihat memanjat grill untuk bermain di birai koridor sambil diperhatikan oleh seorang kanak-kanak lain dipercayai adiknya.

Orang ramai turut meninggalkan komen agar keluarga kanak-kanak tersebut perlu lebih peka dalam mengawasi anak-anak mereka, selain itu mereka juga mencadangkan agar keluarga kanak-kanak tersebut memasang grill yang lebih tinggi atau memasang invisible grill bagi mengelakkan perkara yang sama dari berulang.

Walaubagaimanapun, pihak kami tidak dapat memastikan lokasi sebenar dan bila kejadian tersebut berlaku.

Antara komen dari Netizen

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Ammy Angah

Leave a Reply

%d bloggers like this: