Asif Menang Anugerah Pelakon Komedi Popular ABPBH 2021

Kejutan terbesar berlaku pada Anugerah ABPBH 2021 yang berlangsung sebentar tadi apabila Asif Suhaimi dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Popular.

Asif Suhaimi seorang kanak-kanak istimewa OKU yang sering terbabit dengan drama drama YouTube arahan sepupunya iaitu Syahmi Sazli.

Selain itu Asif juga turut membintangi filem filem arahan Syahmi Sazli iaitu Mael Totey The Movie yang telah memecahkan rekod kutipan di Astro First.

Pada Anugerah ABPBH yang ke 34 sebentar tadi Asif telah menewaskan calon calon pelakon komedi lain antaranya Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Atu Zero dan Ain Edruce. Manakala Zizan Razak telah menarik diri dari dicalonkan untuk anugerah tersebut.

Ternyata kuasa undi online dan offline memihak kepada Asif apabila beliau dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Popular.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: