“Hang tak pakai seluaq lagi aku main bola dah… Diet apa dier?” MB Kedah dan TMJ gaduh2 Manja

‘Perseteruan’ antara Tengku Mahkota Johor TMJ dan Menteri Besar Kedah mencuri perhatian netizen terutamanya buat kedua dua peminat bolasepak Johor Darul Takzim JDT dan Kedah.

Mereka berdua dilihat berbalas posting dengan kenyataan yang seolah olah melakukan ‘provokasi’ antara satu sama lain.

Namun kenyataan yang dibuat hanyalah sekadar untuk memanaskan keadaan berikutan pertembungan kedua dua kelab bolasepak itu pada suku akhir Piala Malaysia ketika ini.

Ini sekaligus boleh membakar semangat pemain serta membangkitkan keterujaan kedua dua penyokong menyaksikan perlawanan antara JDT dan Kedah.

‘Perseteruan’ manja antara mereka bermula apabila TMJ yang juga pemilik kepada kelab bolasepak JDT memuat naik komen “Salam Datuk, gaji dah bayar? Bagus. Kebajikan pemain dan rakyat harus kita jaga. ‘Well done’ jaga diri dan kesihatan, kalau nak diet call, saya ajar”.

Susulan itu, Menteri Besar Kedah itu memberi respon dengan memuat naik status yang berbunyi “Hang tak pakaq seluar lagi aku main dah, la ni pun duk main bola lagi, diet apa dier?”

Petang tadi Tengku Mahkota Johor, mengirim bunga dan makanan segera McDonald’s kepada Muhammad Sanusi, ini dimuat naik oleh Menteri Besar Kedah itu di halaman Facebooknya.

Kesimpulannya sebagai peminat dan rakyat kita janganlah mudah sentap dan terlalu emosional, mereka berdua baik baik sahaja. Semoga bolasepak tempatan kembali meriah, akhir kata majulah sukan untuk negara.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: