Viral Video Kerana Mangga, Nyawa Pengguna Jalanraya Jadi Taruhan

Pemandu sebuah kereta Proton Waja dikecam warga net berikutan tular satu video yang menunjukkan pemandu kereta tersebut berhenti untuk membeli mangga.

Sekiranya berhenti membeli mangga di persimpangan lampu isyarat yang sedang merah mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi apa yang individu tersebut lakukan sangat mengejutkan, ketika aliran trafik sedang sibuk kenderaan sedang bergerak dia boleh memberhentikan kereta di lane sebelah kanan hanya semata mata untuk membeli mangga yang dijual oleh peniaga disitu.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Pulau Pinang, ia dirakam oleh seorang pengguna jalanraya melalui Dashcam di dalam kenderaan beliau, Individu tersebut juga hampir melanggar Proton Waja yang telah berhenti secara mengejut itu.

Difahamkan akibat tindakan kurang bijak pemandu kereta waja tersebut menyebabkan kereta lain yang terpaksa berhenti mengejut mengalami kemalangan.

Sebelum ini kerajaan telah melarang para peniaga yang meniaga di persimpangan lampu isyarat, malah pemandu kenderaan yang membeli juga akan dikenakan denda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Bukit Mertajam Page

Leave a Reply

%d bloggers like this: