5 Kali Hilang IC, Uncle Kentang Serik Bantu Pasangan Bermasalah

Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle Kentang meluahkan kekecewaan kepada satu pasangan yang sudah beberapa kali dibantu tetapi masih tidak berubah.

Menurut Uncle Kentang, pasangan ini seolah olah tidak mahu berusaha untuk mengubah hidup mereka sendiri dan hanya mengharapkan bantuan dari orang ramai.

Lebih mengecewakan mereka telah 5 kali hilang IC atau My Kad, sekiranya benda yang penting seperti My Kad sendiri pun tidak mampu dijaga bagaimana mereka mahu bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

Antara sebab utama menurut beliau adalah kerana si suami seorang penagih dadah dan tidak pernah berhenti dari mengambil barang terlarang tersebut.

Mereka sentiasa menyalahkan orang lain, salahkan pusat zakat kerana tidak menerima bantuan disebabkan hilang My Kad. Salahkan tuan rumah kerana menghalau mereka keluar.

Sedangkan menurut Uncle Kentang, mereka orang yang waras, sihat dan boleh bekerja. Dengan gaji yang diperolehi walaupun bekerja sebagai pembantu kedai sudah lebih cukup untung menampung hidup mereka.

Ramai para netizen dilihat bersetuju dengan tindakan Uncle Kentang yang tidak lagi mahu membantu pasangan tersebut.

Atas kejadian begini jugalah setiap NGO atau individu yang ingin memberikan bantuan seharusnya selidik dahulu latar belakang mereka yang ingin dibantu dengan bertanya kepada penduduk setempat yang lebih mengetahui.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: