Kanak-kanak Perempuan 4 Tahun Jatuh Dari Tingkat 29 Kondominium

Portal berita tempatan hari ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan telah meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Kanak-kanak malang tersebut dipercayai ditinggalkan seorang diri tanpa pengawasan di rumah dalam keadaan pintu berkunci oleh bapanya yang keluar untuk membeli barangan.

Mayat kanak-kanak tersebut dijumpai oleh seorang kakitangan pengurusan kondominium tersebut yang jatuh di lantai koridor di tingkat 8 bangunan tersebut.

Apabila mendapati anaknya tiada dirumah, lelaki tersebut memberitahu kakitangan pengurusan disitu untuk membantu mencari anaknya.

Ketika ditemui, kanak-kanak perempuan tersebut telah meninggal dunia. Kematian mangsa telah disahkan oleh pasukan Paramedik dari Hospital Selayang yang telah dihubungi selepas itu.

Hasil siasatan mendapati, tingkat dirumah mangsa dalam keadaan terbuka serta tidak mempunyai jeriji. Terdapat juga sebuah kerusi berhampiran tingkap didalam bilik mangsa.

Hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah, kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Takziah buat keluarga mangsa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: