Sampai masa peminat BoBoiBoy ucap selamat tinggal pada Papa Zola

Berita menyedihkan buat peminat Papa Zola atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Kebenaran’ ini kerana berkemungkinan watak Papa Zola akan ditamatkan dalam siri animasi kegemaran rakyat Malaysia iaitu Boboiboy.

Mohd Nizam Abd Razak yang merupakan Pencipta, Pengarah, Penerbit dan juga Penyumbang Suara bagi siri animasi Boboiboy memberi bayangan bahawa watak Papa Zola akan ditamatkan.

Ini setelah mengambil kira pendapat dan cadangan dari orang ramai setelah beliau meminta pandangan para netizen di akaun facebook miliknya.

Kerana terlalu banyak watak merebut screen time, Nizam meminta pandangan dari orang ramai agar mencadangkan watak yang perlu ditamatkan bagi memberi peluang kepada watak lain berkembang.

Ada peminat yang mengusulkan agar watak Papa Zola dibuang kerana terlalu banyak menggunakan screen time sehingga menengelamkan watak watak utama yang lain termasuk watak Boboiboy sendiri.

Tidak dapat dinafikan watak Papa Zola merupakan antara watak yang digemari oleh peminat siri animasi tersebut kerana aksi kelakar bersahajanya sentiasa membuat penonton ketawa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: