Hari ini Rancak, mana mana Rancak, Berdosa Berdosaaa

“Hari ini rancak, di sana rancak mana mana rancak berdosaaa….” tentu ramai yang telah mendengar ungkapan seperti itu, namun ada juga yang terpinga pinga kenapa tiba tiba ramai yang menungkapnya di media sosial.

Tetapi bagi peminat Tiktok mungkin ramai yang sudah tahu ungkapan tersebut menjadi trending di aplikasi Tiktok dan dengan pantas tersebar ke media sosial lain seperti Facebook, Instagram dan twitter.

Ungkapan tersebut sebenarnya di popularkan oleh seorang pengguna Tiktok yang bernama Ahmad Saffuan. Video yang dimuat naik oleh beliau telah ditonton oleh lebih 4 juta kali di aplikasi Tiktok.

Susulan viralnya video tersebut, Ahmad Saffuan telah membuat penjelasan bagaimana asal usul beliau mendapat idea tersebut.

Menurut Saffuan, pertama kali beliau mendengar ungkapan tersebut dari seorang kawan ketika mereka bersama bermain badminton. Selepas membuat carian di aplikasi Tiktok terdapat individu lain juga menggunakan ayat seperti itu namun kurang mendapat sambutan.

Beliau akhirnya memuat naik video tersebut dengan cara yang tersendiri, yang pada mulanya hanya untuk suka suka. Namun tanpa disangka video tersebut akhirnya menjadi viral dan menjadi sebutan.

Kemurahan hati Ahmad Saffuan dipuji para netizen kerana beliau tidak menuntut video tersebut sebagai haknya malah memberi kredit kepada individu yang mula mula menciptakan ungkapan tersebut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Tiktok Ahmad Saffuan

Leave a Reply

%d bloggers like this: