Salam Takziah, Pesawat TUDM Terhempas Seorang Anggota Meninggal Dunia

Sebuah Pesawat Pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM dilaporkan terhempas di Pengkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.

Insiden itu melibatkan kehilangan nyawa seorang anggota TUDM dan manakala seorang lagi mengalami kecederaan.

Mangsa yang terkorban ialah Kapten Mohammad Affendi Bustamy, manakala Mejer Mohd Fareez Omar yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan kini dikatakan dalam keadaan stabil.

Pesawat Hawk 108 milik TUDM yang terhempas itu dipercayai sedang melakukan aktiviti latihan di Lapangan Terbang tersebut.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Beliau juga mengarahkan agar laporan secara terperinci dan siasatan dijalankan bagi memastikan punca sebenar kejadian.

MINDEF juga diarahkan untuk menyalurkan sebarang bantuan keperluan kepada kedua dua keluarga mangsa.

TUDM dalam satu kenyataan kemalangan tersebut melibatkan pesawat jenis Hawk berlaku di landasan Lapangan Terbang Butterworth pada jam 10.07 malam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: