Lagi Kes Kanak-kanak Meninggal Jatuh dari Kondominium

Baru beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun meninggal dunia akibat jatuh dari tingkat 29 sebuah Kondominium di Jalan Ipoh Kuala Lumpur.

Semalam seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun turut meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak.

Berbeza dengan kes yang terjadi di Jalan Ipoh yang mana ketika kejadian kanak-kanak perempuan tersebut ditinggalkan seorang diri oleh ayahnya untuk membeli barangan.

Kejadian yang menimpa kanak-kanak berusia 5 tahun itu ketika dia dan seorang adiknya dibawah jagaan ibu saudaranya. Difahamkan ketika kejadia ibu saudaranya sedang berada di bilik air.

Kanak-kanak yang dikatakan aktif itu dipercayai memanjat katil yang berhampiran dengan tingkap. Menurut siasatan awal tingkap tersebut tidak dipasang jeriji.

Ibu saudara kanak-kanak lelaki tersebut Fauziah Hanum berkata kejadia berlaku kira kira pukul 10 pagi apabila dia menyedari anak saudaranya itu tiada dalam biliknya.

Beliau seterusnya menghubungi ibu kepada kanak-kanak tersebut untuk memaklumkan mengenai kehilangan kanak-kanak tersebut, namun selepas itu ibu kanak-kanak tersebut menghubungi kembali memberitahu anaknya dijumpai oleh orang ramai berada di tingkat 2 kondominium tersebut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: