Pantai Melawi, Pantai Berpasir Putih Di Bachok Kelantan Jadi Tumpuan

Port baru bagi sesiapa yang gemar bergambar berlatarkan suasana pantai yang cantik kini ada di Bachok Kelantan.

Pantai Melawi yang kini viral, dengan pasirnya yang putih menyerlahkan lagi kecantikan pantai ini. Hanya 45 minit perjalanan dari bandar Kota Bharu ia menjadi destinasi yang harus dikunjungi sekiranya anda berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang.

Kewujudan Pantai Melawi sebelum ini tidak begitu diketahui oleh orang ramai termasuklah penduduk negeri Kelantan sendiri.

Kebanyakan penduduk disini lebih selesa berkunjung ke Pantai Cahaya Bulan, Pantai Tujuh dan Pantai Irama. Ini menjadi faktor kenapa Pantai Melawi masih kekal bersih dan terpelihara.

Selain pasir pantainya yang cantik, permandangan ketika matahari terbenam juga sangat indah dan memukau.

Pantai Melawi merupakan antara pantai yang cantik di Malaysia, tidak rugi jika anda masukkan pantai ini dalam senarai tempat yang harus dikunjungi terutamanya kepada mereka yang datang melancong ke Kelantan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: