Video Mendebarkan Kanak-kanak Terjatuh Ke Dalam Kolam Buatan di Rumah

Seorang individu berkongsi video yang boleh dianggap menakutkan terjadi kepada keluarganya semalam.

Video mengenai anak bongsunya yang terjatuh ke dalam kolam yang dipasang di halaman rumahnya. Kolam tersebut bertujuan untuk mengajar anak-anaknya mengenai pengetahuan berenang.

Menerusi video yang dimuat naik boleh dilihat kanak-kanak itu bermain seorang diri tanpa pengawasan di tepi kolam tersebut.

Walaupun penghalang kolam itu agak tinggi, tetapi anak bongsu individu tersebut bertindak mengambil kerusi sebagai lapik untuk bermain di pinggir kolam sebelum dia dilihat terjatuh dan terkapai kapai lemas.

Setelah meronta ronta seketika kelihatan kanak-kanak tersebut dilihat sudah kaku tidak bergerak sebelum disedari oleh abangnya yang kebetulan keluar untuk menjenguk.

Mujurlah isterinya seorang bekas Jururawat di sebuah hospital yang bertindak pantas dengan memberikan bantuan CPR kepada anaknya.

Menurut individu tersebut lagi, ketika CPR dilakukan badan anaknya sudah keras tidak bergerak, apa yang ada didalam fikiran ialah akan kehilangan anak bongsu mereka tersebut.

Namun setelah usaha berterusan oleh si isteri akhirnya selepas 5 minit dilakukan CPR anak bongsu mereka telah kembali bernafas.

Setelah mendapat rawatan di Hospital, kanak-kanak tersebut telah kembali pulih dan dijangka akan dibenarkan keluar dalam masa terdekat.

Menurut individu tersebut, tujuan beliau memuat naik video tersebut untuk berkongsi dengan semua betapa pentingnya pengetahuan tentang CPR dan juga semoga menjadi pengajaran agar kita sentiasa mengawasi anak-anak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Kami juga membeli kereta dengan harga yang tinggi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Kredit Sumber Asal Abdul Rahim

Leave a Reply

%d bloggers like this: