4 penduduk Kedah failkan semakan kehakiman atas pengharaman kedai ekor

Sebuah portal berita hari ini melaporkan seramai empat orang penduduk di negeri Kedah menfailkan semakan kehakiman diatas keputusan kerajaan negeri untuk menghentikan pembaharuan lesen premis perjudian di Kedah.

Mereka yang dibantu oleh DAP dikatakan akan membuat semakan kehakiman di atas langkah yang dibuat oleh kerajaan negeri tersebut.

Ramkarpal Sing yang juga Pengerusi Biro Undan Undang DAP Kebangsaan dipetik berkata, mereka memohon untuk membatalkan langkah tersebut diatas dasar ia tidak munasabah dan melangkaui kuasa dibawah Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi telah mengeluarkan kenyataan akan mengharumkan semua kedai nombor ekor dan akan tidak memperbaharui lesen premis perjudian di Kedah.

Walaupun tindakan Menteri Besar itu disokong oleh ramai penduduk di negeri Kedah namun masih ada penduduk yang kurang senang dengan langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri.

Umum mengetahui, perjudian dan meminum minuman keras adalah tindakan yang ditegah oleh Agama Islam yang merupakan agama rasmi di negara ini, malah ia juga dilarang oleh semua agama lain kerana boleh membawa kepada keruntuhan moral.

Photo dari GPS

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: