Haqiem Rusli kini milik Wan Anis Sofea

Bintang paling popular ABPBH ke 33 Haqiem Rusli telah selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya Anis Sofea sebentar tadi.

Dengan dua kali lafaz, penyanyi yang terkenal dengan lagu Tergantung Sepi itu kini telah sah menjadi suami orang.

Majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya itu dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat mereka.

Pasangan yang sama cantik dan sama padan itu dinikahkan oleh Jurunikah Ustaz Zamzuri Ruslan pada jam 3.41 petang tadi.

Wan Anis Sofea Wan Zamzuri 19 tahun menjadi pilihan Haqiem kerana sifat lemah lembut, budi pekerti dan keterampilanya yang berjaya menawan hati Haqiem.

Haqiem Rusli yang memulakan kerjaya seninya di awal usia 10 tahun ketika menyertai sebuah pertandingan nyanyian kanak-kanak menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 300 beserta 5 dulang hantaran.

Haqiem dan Isteri bakal memilih untuk mengadakan majlis resepsi secara tertutup bertemakan Wedding in the Sky yang bakal diadakan di Skyglass Cyberjaya.

Tahniah buat Haqiem dan Isteri, semoga bahagia selalu, Selamat Pengantin Baru.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: