2 meninggal 4 parah, percutian ke Langkawi bertukar tragedi buat 6 sahabat

Kegembiraan enam orang sahabat bertukar menjadi tragedi yang menyayat hati apabila mereka terlibat dalam kemalangan jalanraya.

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Kilim Jalan Air hangat itu, kenderaan pelbagai guna MPV yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebatang pokok yang berada di tepi jalan.

Akibat dari rempuhan yang kuat tersebut mengakibatkan mereka semua tercampak keluar, manakala MPV jenis Toyota Avanza itu remuk sehinggakan enjin kenderaan itu terpelanting ke atas jalanraya.

Kejadian yang berlaku pada pukul 4.05 petang pada Jumaat ketika mereka dari arah Kuah menghala ke Air Hangat itu dipercayai berpunca daripada pemandu yang hilang kawalan.

Pemandu MPV yang dikenali sebagai Mohd Firdaus bin Mohd Shaidi meninggal dunia sebaik tiba di unit kecemasan Hospital Sultanah Maliha. Allahyarham yang merupakan seorang anggota tentera mengalami kecederaan parah di kepala dan di badan.

Manakala seorang lagi penumpang MPV tersebut, Maizatul Hana Mohd Roslan turut meninggal dunia ketika dirawat di Hospital.

Empat orang rakan mereka yang mengalami kecederaan parah kini dirawat di Hospital Sultan Maliha.

Salam takziah buat semua keluarga mangsa, semoga mereka semua ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: