Kisah Tok Wan di usia 68 menjadi Rider Makanan untuk menyara hidup

Sayu bila melihat seorang atuk yang kini berusia 68 tahun tetapi masih melakukan kerja penghantaran makanan demi meneruskan hidup.

Umum mengetahui kerja sebagai rider penghantaran makanan ini kebiasaannya dilakukan oleh orang-orang muda kerana ia memerlukan tenaga dan kepantasan.

Ramai netizen yang tersentuh melihat seorang tua yang dikategorikan sebagai warga emas dalam keadaan fizikal yang tidak berapa baik masih melakukan kerja kerja seperti ini.

Lelaki yang dikenali dengan panggilan Tok Wan itu sudah dua bulan bekerja sebagai rider untuk sebuah syarikat Ehailing. Difahamkan sebelum ini Tok Wan bekerja sebagai pemandu lori.

Video mengenai Tok Wan itu dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok danielasyhraf1370 yang kini menjadi viral apabila ditonton lebih 1.4 juta kali di aplikasi Tiktok.

Selepas tular mengenai video tersebut terdapat ramai dikalangan netizen yang menawarkan diri untuk memberikan bantuan kepada Tok Wan.

Semoga Tok Wan diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan beliau.

Antara komen dari netizen

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: