Pilihanraya Negeri Melaka, Barisan Nasional Menang Bergaya

Barisan Nasional berjaya memenangi Pilihanraya Negeri Melaka walaupun bergerak sendirian tanpa bantuan dari PAS dan PPBM dengan menewaskan calon dari Pakatan Harapan serta calon calon lain termasuk dari Perikatan Nasional.

Setakat laporan ini ditulis, Barisan Nasional telah memenangi 19 kerusi sekaligus berjaya mendapatkan majoriti mudah 2/3 iaitu lebih 15 kerusi bagi membolehkan Barisan Nasional membentuk kerajaan di Melaka.

Antara kejutan besar ialah bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Harun tewas kepada calon Barisan Nasional iaitu Saudara Fairul Nizam yang merupakan Ketua Pemuda Umno Melaka dengan majoriti besar di Asahan.

Manakala calon Perikatan Nasional Mas Ermieyati yang juga calon untuk jawatan Ketua Menteri tewas kepada calon Barisan Nasional Datuk Seri Abdul Rauf.

Antara keputusan lain, Datuk Khaidira Abu Zahar atau Dira yang bertanding diatas tiket Barisan Nasional menang di kerusi Dewan Undangan Negeri Rim.

Selain berjaya mengekalkan kerusi yang dimenangi sebelum ini Barisan Nasional juga berjaya merampas kerusi yang dimenangi Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum yang lepas.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata mereka menghormati keputusan rakyat Melaka yang membuat keputusan melalui peti undi hari ini.

Tahniah kepada Barisan Nasional, semoga mereka yang berjaya akan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk di Negeri Melaka.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: