Al-Fatihah, Hari Ini Genap 20 Tahun Kemangkatan DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj

21 Haribulan November 2021, Hari ini genaplah 20 tahun Kemangkatan Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj, Sultan Selangor yang ke-8.

Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat pada 21 November 2001, bersamaan 5 Ramadhan 1422 Hijrah pada pukul 11. 57 pagi ketika baginda berusia 75 tahun di Kuala Lumpur.

Ketika mangkat Almarhum adalah merupakan Yang Di Pertuan Agung yang ke 11. Almarhum ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agung pada 23 September 1999.

Almarhum Sultan diputerakan pada Mac 1926 di Istana Bandar Temasha, Jugra, Kuala Langat Selangor. Pada 13 Mei 1950 Almarhum dilantik sebagai Raja Muda Selangor.

Pada 3 September 1960 Almarhum telah dimashurkan sebagai Sultan Selangor ke-8.

Sebagai seorang Sultan Almarhum sering kali melawat kampung kampung di sekitar negeri Selangor dengan berbasikal.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Almarhum DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj.

Al-Fatihah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Kredit Selangor Royal Office

Leave a Reply

%d bloggers like this: