Lelaki dihalang selamanya ke restoran bufet kerana makan terlalu banyak

Restoran berkonsepkan bufet biasanya bertemakan makan seberapa banyak yang boleh dengan hanya sekali bayar.

Kebiasaannya restoran sebegini menyediakan pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati oleh pelanggan dengan hanya sekali bayaran masuk.

Namun di China, sebuah restoran bufet menghalang seorang lelaki dari memasuki restoran mereka selamanya kerana makan terlalu banyak setelah beberapa kali kunjungan lelaki tersebut ke premis makanan itu.

Menurut restoran tersebut setiap kali lelaki itu datang mereka akan mengalami kerugian beratus Yuan akibat selera makan lelaki tersebut yang diluar kebiasaan.

Lelaki tersebut dikatakan boleh makan sehingga 1.5 Kilogram kaki khinzir yang dimasak, dan pada kunjungan kedua lelaki tersebut makan sehingga 4 kilogram udang.

Tambah pemilik restoran itu lagi, kebiasaannya para pelanggan menggunakan pengepit untuk mengambil udang namun lelaki tersebut terus mengambil bersama sama dulang sekali. Walaupun hanya minum air soya lelaki tersebut dikatakan boleh menghabiskan sehingga 20 ke 30 botol.

Setelah namanya disenarai hitam dari memasuki premis tersebut, lelaki itu menganggap tindakan pemilik restoran bufet sebagai mendiskriminasi, tambah beliau restoran bufet lain tidak pula melakukan perkara sama mengenai selera makannya yang begitu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Mashable Southeast Asia

Leave a Reply

%d bloggers like this: