Aksi berani Beto Kusyairy lakukan sendiri babak terbakar mendapat pujian

Beto Kusyairy seorang pelakon yang tidak asing lagi di negara kita, lakonannya yang bersahaja tidak pernah gagal dalam meninggalkan kesan kepada para penonton.

Terbaru Beto Kusyairy melangkah setapak ke hadapan apabila dia dengan beraninya melakukan sendiri babak ngeri dalam lakonan tanpa menggunakan aksi stunt.

Beliau dilihat memuat naik satu adengan di dalam sebuah lakonan yang menyaksikan seluruh badannya terbakar. Adengan tersebut dilakukan oleh beliau sendiri tanpa menggunakan bantuan stunt man.

Namun begitu, beliau memberitahu aksi tersebut tidak perlu pun ditiru oleh pelakon lain kerana setiap aksi yang merbahaya begitu kebiasaannya pihak produksi akan menyediakan stunt man yang professional.

Menurut Beto Kusyairy beliau meminta untuk melakukan aksi tersebut bukan dengan membabi buta dan kosong tanpa pengetahuan dan teknik. Selain itu aksi tersebut juga memerlukan selian dari mereka yang betul betul pakar.

Beto turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan kesihatannya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Facebook Beto Kusyairy

Leave a Reply

%d bloggers like this: