Ada yang cuba ambik kesempatan di atas kesihatan Adik Bilal

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Ramai yang tidak sanggup melihat penderitaan yang dialami oleh seorang kanak-kanak yang mengalami masalah lilitan kepala yang semakin membesar.

Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan Uncle Kentang melalui halaman Facebooknya telah membuat naik posting dimana beliau telah berkunjung untuk menziarahi Adik Bilal yang tinggal bersama keluarganya di Jalan Sungai Ular, Kulim Kedah.

Uncle Kentang mendakwa susulan lawatan beliau ke rumah kanak-kanak tersebut ada pihak telah menggunakan photo beliau untuk memungut derma dari orang ramai.

Menurut Uncle Kentang beliau akan membuat laporan polis berkenan perkara tersebut. Tambah beliau lagi, dia tidak pernah mengutip derma untuk Adik Bilal, malah keluarga Adik Bilal pun tidak pernah meminta sesiapa mengutip derma bagi pihak mereka.

Sesiapa yang ingin memberi sumbangan kepada Adik Bilal boleh terus menghubungi ibunya di talian 0175979700.

Semoga Adik Bilal cepat sembuh, dan diharapkan agar keluarganya terus tabah menghadapi ujian ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: