Berita Gembira buat Kaum Isteri, KWSP umum kemudahan I-sayang

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bakal melancarkan kemudahan I-sayang pada tahun hadapan.

Menurut Pengerusi KWSP, Tan Seri Ahmad Badri Mohd Zahir ini adalah sebagai sebahagian usaha berterusan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Menerusi kemudahan ini, para suami dibenarkan untuk memindahkan 2 peratus dari simpanannya untuk dicarumkn secara sukarela kepada akaun isteri.

Selain itu menurut Pengerusi KWSP, satu lagi kemudahan yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan ialah i-Lindung.

Menerusi kemudahan i-Lindung pencarum dibenarkan mengeluarkan simpanan dari akaun 2 bagi membeli perlindungan insurans hayat dan penyakit kritikal menerusi platform KWSP.

Sehubungan dengan itu, ramai juga dikalangan pencarum yang masih menunggu keputusan dari KWSP samada membenarkan pengeluaran i-Citra RM 10,000 seperti yang dituntut oleh Pemuda Umno dan juga Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: