Detik cemas seorang wanita bila ‘Si Batik’ bersembunyi dalam enjin kereta

Berhati hatilah kepada semua pemandu kereta, terutamanya bagi kaum wanita. Selalulah periksa kenderaan masing masing, mana tahu ada makhluk yang tidak diundang bersarang di dalam kereta anda.

Ini yang terjadi kepada seorang wanita, apabila dia tidak menyedari seekor ular sawa sepanjang 3.6 meter berada di dalam kawasan enjin keretanya.

Adila Kaman mengalami detik cemas dan mendebarkan apabila mendapati ada darah yang menitik keluar dari bonet enjin keretanya.

Menurut wanita tersebut, beliau menyedari perkara tersebut semasa pulang dari kerja ketika beliau berhenti untuk mengisi angin tayar keretanya di sebuah stesen minyak.

Ketika sedang mengisi angin tayar keretanya, dia berasa terkejut apabila melihat ada darah menitik dari tempat enjin. Selepas disiasat barulah dia menyedari ada seekor ular sawa yang besar terperangkap di bahagian enjin keretanya.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana sekiranya ular sawa sebesar itu masuk ke bahagian dalam kereta. Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara sebegitu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Penang Press

Leave a Reply

%d bloggers like this: