Piala Malaysia, Separuh Akhir Pertama JDT berjaya ikat Terengganu FC

Keputusan penuh perlawanan separuh akhir pertama antara Johor Darul Takzim dan Terengganu FC berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Terengganu FC yang menerima kunjungan JDT di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar seri dengan JDT.

Tuan rumah berjaya mendapatkan jaringan awal pada minit ke 8′ hasil dari jaringan Jordan Mintah yang juga dianugerahkan sebagai pemain terbaik pada perlawanan tersebut.

Namun begitu, pasukan yang diberi gelaran Harimau Selatan itu berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 50′ separuh masa kedua yang disumbangkan oleh Bergson De Silva.

Dengan keputusan seri 1-1, JDT dilihat mempunyai kelebihan apabila menanti kunjungan Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim pada perlawanan separuh akhir kedua dengan mereka memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan.

Namun disebalik keputusan perlawanan semalam masih ada luahan dari peminat Terengganu FC terhadap mutu pengadilan yang menurut mereka membuat beberapa keputusan yang tidak tepat.

Di gelanggang berasingan, perlawanan separuh akhir pertama antara Kuala Lumpur City FC dan Melaka United FC juga berkesudahan dengan seri 1-1.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: