Angkara Lembu Penunggang Motosikal Meninggal Dunia di Melaka

Sampai bila kes lembu lembu dibiarkan berkeliaran diatas jalanraya akan diselesaikan. Selain mengotorkan jalanraya dengan najis ia juga boleh mengundang bahaya buat pengguna jalanraya.

Terbaharu kes melibatkan seorang pekerja hotel meninggal dunia setelah motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu.

Mangsa yang dikenali sebagai Aizal Abdullah 47 tahun ketika itu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Setibanya di tempat kejadia mangsa dipercayai gagal mengelak dan melanggar seekor lembu yang berada diatas jalanraya.

Kejadian yang berlaku di Jalan Simpang Bekoh, Rim Jasin pada pagi Rabu itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Mangsa yang menunggang senuah motosikal jenis Honda Wave disahkan meninggal dunia ditempat kejadian. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Jasin untuk tindakan selanjutnya.

Bagi mengelakkan perkara seperti ini dari berulang pihak berwajib perlulah lebih tegas dalam menguatkuasakan undang undang serta meningkatkan pemantauan.

Selain itu pemilik haiwan ternakan juga perlu lebih bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan mereka dan jangan dibiarkan berkeliaran tanpa pengawasan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Sinar Harian

Leave a Reply

%d bloggers like this: