MICROSLEEP Boleh Membunuh Ketahui Cara Mengatasinya

Viral seorang pemandu kenderaan di kompaun RM300 kerana terlelap ketika memandu yang menyebabkan terjadinya kemalangan di Jalan Seremban – Kuala Pilah pada Ahad yang lepas.

Selain daripada itu banyak lagi kes yang melibatkan pemandu terlelap ketika memandu sehinga ada yang mengakibatkan berlaku kehilangan nyawa.

Ramai pemandu cuba menahan diri dari terlelap ketika memandu, tetapi hakikatnya mengantuk adalah proses biologi yang mana badan dan otak sudah penat dan memerlukan tidur sebagai rehat.

Terlelap seketika ketika memandu atau lebih dikenali sebagai Microsleep sangatlah merbahaya, ia sepatutnya boleh dielakkan sekiranya seorang pemandu itu mengambil langkah awal.

Sekiranya anda mengalami tersengguk sengguk, kelopak mata kuyu, menguap berulang kali, mata terkebil kebil, mengelamun sehingga tersasar lorong itu adalah petanda anda sedang mengalami Microsleep.

Di sini kami berkongsi tip untuk mengelakkan Microsleep yang diharapkan boleh membantu menghindari dari berlakunya kemalangan.

  • Sebaiknya sebelum memulakan perjalanan yang jauh pemandu perlulah tidur secukupnya selama 7-8 jam.
  • Sebelum memulakan perjalanan lakukan sedikit senaman ringan.
  • Berbual bual ketika memandu untuk mengelakkan rasa mengantuk, sekiranya memandu seorang diri boleh cuba menghubungi rakan (gunakan hand free).
  • Jika mengantuk cuci muka menggunakan air sejuk untuk memberikan kesegaran.
  • Sekiranya masih mengantuk, berhenti di tempat yang selamat tidur dan rehat sebentar.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: