‘Perjuangan Rozanna Berakhir’, Meninggal Dunia Di Korea Selatan

Berita sedih dikongsikan oleh keluarga Rozanna Mat Nayyan mengenai kembalinya Rozanna ke Rahmatullah di bumi Korea Selatan.

Rozanna Mat Nayyan, rakyat Malaysia yang sebelum ini mendapat rawatan di Hospital Myongjin Korea Selatan disahkan meninggal dunia pada jam 9.46 pagi Rabu (waktu Malaysia).

Allahyarham sebelum ini dirawat di Hospital Myongjin akibat kesukaran bernafas kerana mengalami asma. Bagi mengelakkan terjadinya sawan pasukan perubatan mengambil keputusan untuk ditidurkan Rozanna.

Allahyarham yang bekerja di kilang perbuatan buku dan kalendar di Incheon itu ditemani oleh kakak tirinya Nur Diana Abdul Rahim Lee.

Nur Diana sebelum ini ada meminta sumbangan dari orang ramai bagi membantu membawa balik adiknya ke Malaysia ketika itu adiknya masih menerima rawatan.

Berita mengenai kematian Rozanna 35 tahun disahkan oleh kakak tirinya “Bismillah perjuangan Rozanna berakhir jam 10.46.35 (waktu Korea Selatan) 9.46.35 (waktu Malaysia) 24/11/21” Tulis Nur Diana di halaman facebook miliknya.

Menurut Nur Diana lagi, jenazah adiknya itu akan dikebumikan di Korea Selatan.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Rozanna Mat Nayyan, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al fatihah.

Sumber Astro Awani

Leave a Reply

%d bloggers like this: