Salam Takziah, Pegawai TUDM Meninggal Dunia di Washington Amerika Syarikat

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga dan sahabat handai Kol Hasnol Hisham Abu Hassan yang telah kembali ke Rahmatullah.

Allahyarham merupakan seorang Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disahkan meninggal dunia di Hospital St Joseph Medical Centre Tacoma, Seattle Washington Amerika Syarikat pada Sabtu 21 November 2021.

Allahyarham Hasnol Hisham 50 tahun, dilaporkan tidak sedarkan diri ketika menghadiri Program ‘Airman to Airman talks yang diadakan di Camp Murray Seattle Washington.

Ketika Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital isterinya Rohani Tahir berada disisi menemaninya.

Menurut laporan Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Covington Washington pada 24 November 2021 yang akan dilakukan mengikut adat istiadat ketenteraan.

Pengurusan jenazah Allahyarham, serta urusan solat jenazah akan dilakukan oleh House of Mercy dan juga warga muslim yang diketuai oleh Kap Ayob S Laari.

Disamping itu, Panglima TUDM dan seluruh warga TUDM juga mengambil kesempatan untuk merakam ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam urusan pengebumian Arwah Kol Hasnol Hisham.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Bernama

Leave a Reply

%d bloggers like this: