Antara Lokasi Ber-OOTD Paling ‘Cool’ di Lembah Klang

Sekiranya anda seorang yang gemar bergambar dan memuat naik photo yang menarik di media sosial di sini kami kongsikan satu lokasi yang boleh dikunjungi.

Ada dua lokasi yang boleh dikunjungi, pertama KLIA Flight Landing View dan satu lagi ialah Anjung Spotter KLIA. Kawasan ini disediakan khas oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) sebagai dek untuk memerhati.

Sekiranya anda tinggal di sekitar Lembah Klang jarak untuk sampai ke lokasi yang diberikan tidaklah jauh. Dari Kuala Lumpur untuk sampai ke sini hanya mengambil masa lebih kurang satu jam sahaja.

Di sini anda berpeluang bersantai dan ber-OOTD (Outfit of The Day) bersama keluarga dan kawan kawan sambil menyaksikan kapal terbang berlepas dan mendarat dalam jarak yang sangat dekat.

Apa yang paling menarik anda juga berpeluang bergambar berlatar belakangkan kapal terbang yang sedang terbang di udara.

Bagi yang pertama kali hendak datang ke sini anda boleh menggunakan aplikasi Waze dengan menaip KLIA Flight Landing View atau Anjung Spotter KLIA, Kuala Lumpur International Airport, Sepang Selangor.

Photo dari Tourism Malaysia Fb

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Tourism Malaysia

Leave a Reply

%d bloggers like this: