Permohonan Maaf dari Pelanggan Sotong Goreng RM100 yang Viral

Sebelum ini viral mengenai pelanggan yang memuat naik resit dua ekor sotong goreng yang berharga RM100 di sebuah restoran nasi kandar.

Susulan daripada itu pemilik restoran tersebut menjadi sasaran kecaman daripada orang ramai, tidak terkecuali pelanggan itu sendiri turut menerima nasib yang sama.

Namun begitu, pelanggan yang memuat naik resit makanan tersebut tampil memohon maaf kepada pemilik restoran nasi kandar tersebut diatas apa yang terjadi.

Beliau mendakwa ada pihak yang membuat ‘screenshot’ resit yang dimuat naik di Instagram dan memuat naik semula di akaun facebook dengan caption yang boleh menimbulkan salah faham dari orang ramai.

Menurut pelanggan tersebut lagi, beliau dan pasangannya pergi ke restoran tersebut dan mengambil dua ekor sotong goreng, beliau melihat pemilik kedai masukkan harga, dan beliau tidak membantah ini kerana dia tahu harga untuk sotong goreng kerana pernah datang ke restoran tersebut sebelum ini.

Beliau yang hanya memuat naik resit di Instagram tanpa menulis caption yang mengatakan harga sotong itu mahal atau sebagainya kecewa apabila ada yang cuba memuat naik semula resit tersebut dengan caption yang mengelirukan.

Pelanggan tersebut juga berkata, harga sotong tersebut sebenarnya tidak mahal, ia amat berbaloi kerana mereka memilih sotong yang bersaiz besar.

Kepada semua warga netizen harap berhati hati lah sebelum membuat kecaman. Kerana di sana ranchakk mana mana ranchakk berdosah 😉

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: