Viral Anggota Polis bertumbuk dengan Anggota Tentera [Berita dari Seberang]

Nasib baik ia bukan berlaku di Malaysia, sebaliknya insiden pergaduhan antara kedua anggota keselamatan itu berlaku di negara jiran.

Viral sebuah video yang menunjukkan berlaku pergaduhan dipercayai melibatkan seorang Anggota Tentera Indonesia (TNI) dengan dua orang Anggota Polis Indonesia.

Di dalam video tersebut jelas menunjukkan seorang lelaki yang berpakaian celoreng tentera dilihat menumbuk bertalu talu kearah lelaki yang juga lengkap berpakaian seragam polis.

Video berdurasi 26 saat dirakam oleh orang awam yang berada ditempat kejadian dan kemudian tersebar di media sosial.

Kejadian dikatakan berlaku di Pos Lalulintas Mutiara, Kawasan Batu Merah, Kecamatan Sirimau pada petang Rabu 24/11/2021 dipercayai akibat salah faham.

Namun begitu kes tersebut dilaporkan telah diselesaikan apabila kedua dua pihak telah berdamai dengan bantuan Polis Tentera.

Sebagai pihak yang bertanggungjawab menjaga keamanan perkara sebegini tidak seharusnya terjadi, namun mereka juga manusia yang mempunyai emosi seperti kita.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: