JDT layak ke Final selepas singkirkan Terengganu 4-1

Kelab bolasepak Johor Darul Takzim ternyata berada di kelasnya yang tersendiri selepas berjaya layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2021.

Penyandang Juara Piala Malaysia tersebut hanya memerlukan 15 minit pada separuh masa pertama untuk menjaringkan tiga gol.

Bergson Da Silva membuka jaringan buat JDT seawal minit ke 5′, kemudian Gonzalo Cabrera menambah jaringan pada minit ke 11′ seterusnya Bergson Da Silva sekali lagi menghukum Terengganu pada minit ke 15′.

Walaupun Terengganu bermain dengan kelebihan seorang pemain apabila Syafiq Rahim dibuang padang setelah menerima Kad Merah kerana mengasari pemain Terengganu namun mereka gagal bangkit untuk menjaringkan gol.

Keputusan penuh perlawanan, JDT berjaya menewaskan Terengganu 3-0, sekaligus mereka berjaya layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia dengan agregat 4-1.

Pada perlawanan akhir JDT akan bertemu samada Kuala Lumpur City atau Melaka United FC. Perlawanan kedua dua pasukan masih lagi sedang berlangsung kerana mereka memulakan perlawanan sedikit lewat apabila lampu limpah di Stadium Hang Jebat Melaka tidak menyala.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: