Pelajar Kolej tidak malu mengaku mempunyai dan menjaga abang yang OKU

Muhammad Hakimi Abdullah berumur 19 tahun dari Pasir Mas Kelantan berkata dia tidak malu mengaku mempunyai seorang abang yang OKU.

Malah menurut pelajar semester ke tiga di Kolej Politeknik Kota Bharu itu mereka sekeluarga tidak berasa terbeban menjaga abang yang dianggap ‘Syurga’ buat mereka itu.

Pelajar Diploma Kejuruteraan Awam itu juga yakin kerana asbab beliau menjaga abangnya dengan penuh ikhlas itu beliau sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di Kolej.

Walaupun sibuk dengan pelajaran beliau sering membantu ayah dan ibunya mengangkat abangnya ketika hendak mandi atau ketika abangnya hendak ke tandas.

Oleh kerana keadaan kedua ibu bapanya yang sudah tua beliau tidak membenarkan ibu dan ayah mengangkat abang, sebaliknya dia akan lakukan sendiri.

Beliau mengakui hidup mereka sekeluarga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ini kerana kedua ibu bapanya memperolehi pendapatan dengan mengambil upah menoreh getah sahaja.

Menurut Muhammad Hakimi lagi abang istimewanya itu memperoleh bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM sebanyak RM 500 sebulan yang mana digunakan untuk membeli barangan keperluan abangnya seperti pampers.

Diharapkan Muhammad Hakimi dan keluarga tabah menghadapi ujian ini, semoga dipermudahkan segala urusan mereka.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Berita dari Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: