Rider Grabfood Teruja Pelanggan Belanja Sarapan Pagi

Memang tidak dapat dinafikan rakyat Malaysia kebanyakannya adalah pemurah dan baik hati.

Selain memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan mereka turut menghulurkan sumbangan kepada barisan frontliner termasuklah kepada rider yang bekerja sebagai penghantar makanan.

Seorang rider Grabfood berkongsi rasa teruja dan berterima kasih apabila tempahan makanan yang diterima dari seorang pelanggan sebenarnya untuk dirinya sendiri.

Rider yang dikenali dengan panggilan Madi itu berkata beliau menerima pesanan berupa satu set Nasi Lemak Ayam beserta dua set Roti Canai dari seorang pelanggan.

Ketika beliau bersiap untuk menghantar tempahan tersebut, pelanggan yang membuat pesanan tadi menghantar mesej agar tidak perlu menghantar ke lokasi yang diberikan sebaliknya makanan tersebut diberikan kepada beliau untuk dimakan.

Ramai juga rider lain mendapat kejutan seperti ini daripada para pelanggan. Selain mendapat makanan mereka juga menerima tips atau sumbangan ikhlas dari pelanggan dalam bentuk wang tunai.

Walaupun perkara sebegini dianggap biasa, dan walaupun nilai yang diberikan tidaklah besar namun ini sedikit sebanyak membuatkan para rider berasa dihargai atas usaha serta penat lelah mereka mengharungi hujan panas dalam memastikan tempahan sampai kepada pelanggan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: