Roy Diuji Lagi, Kini Sudah 3 Minggu Terlantar Di Hospital

Suatu ketika dulu kita membesar dengan mendengar lagu lagu patriotik nyanyian beliau, antaranya lagu Sejahtera Malaysia yang sering berkumandang di saluran television pada waktu perdana.

Mohammad Rauzan Alwi atau lebih dikenali dengan panggilan Roy sekali lagi diuji. Jika sebelum ini beliau dijangkiti Virus Covid-19 pada tahap empat dan terpaksa dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Sebuah portal media tempatan melaporkan Roy kini sudah tiga minggu terlantar di Hospital akibat terjatuh ketika hendak mengambil wuduk.

Roy 57 tahun dikatakan terjatuh dan mengalami keretakkan di antara sambungan tulang pinggul, juga retak di antara sambungan tulang bahu, serta terkehel.

Penyanyi bersuara jantan yang terkenal dengan lagu Ratnaku itu sebelum ini mencari rezeki dengan membuat persembahan Buskers di sebuah pusat membeli belah di Setiawangsa Kuala Lumpur.

Namun akibat kecederaan yang dialaminya, Roy yang sebelum ini pernah menyertai rancangan Gegar Vaganza pada tahun 2020 mungkin tidak dapat meneruskan aktiviti Busking untuk tempoh enam bulan lagi.

Mari sama sama kita doakan agar Roy cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan beliau.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: