Giliran Bil Kailan Ikan Masin RM 18 Sepinggang pula Viral

Selepas ini giliran makanan apa pula yang akan viral, jika sebelum ini bil Siakap Langkawi, Sotong goreng Pulau Pinang, malah bil caj RM 0.50 ikat mati Teh Ais pun diviralkan.

Terbaharu bil masakan Kailan Ikan Masin yang berharga RM 18.00 juga dimuat naik di media sosial dan menjadi viral.

Menurut individu yang memuat naik bil tersebut, walaupun dia redha tetapi berasa terkejut kerana sayur tersebut yang dimasak dalam kuantiti sedikit hanya untuk cukup dimakan oleh seorang tetapi dijual dengan harga RM 18.00.

Dalam perkembangan yang berkaitan, pihak KPDNHEP Pulau Pinang menyeru agar pelanggan yang memuat naik mengenai Kailan Ikan Masin tersebut membuat laporan rasmi supaya tindakan lanjut dapat diambil.

Umum mengetahui harga barangan makanan seperti sayuran terutamanya yang diimport mengalami kenaikan mendadak, namun ini tidak boleh dijadikan oleh peniaga menaikkan harga makanan sesuka hati sehingga membebankan pelanggan.

Di dalam keadaan rakyat yang mengalami kekurangan pendapatan disebabkan ekonomi yang tidak menentu, kenaikan harga barangan makanan ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada mereka.

Sehubungan itu orang ramai mengesa pihak berkuasa agar memantau dan mengambil serius berkenan kenaikan harga barangan dan makanan ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: