Giliran Sayur Kailam Ikan Masin pula melambung buat pelanggan terkejut

Nampaknya sekarang sudah menjadi trend orang ramai dengan memuat naik resit makanan di media sosial.

Jika sebelum ini kita mendengar isu ikan Siakap Langkawi, sotong goreng Penang, caj ikat tepi untuk teh ais semalam ada lagi resit Sayur Kailam Ikan Masin yang dimuat naik oleh seorang pelanggan di sebuah restoran.

Seorang pelanggan di sebuah restoran yang dipercayai di Kuala Batas terkedu apabila sepinggang sayur Kailam Ikan Masin yang dipesannya berharga RM 18.00.

Menurut individu tersebut, beliau berasa terkejut apabila sayur yang sedikit hanya untuk seorang makan tersebut berharga RM 18.00.

Seperti yang kita sedia maklum harga sayur sayuran terutamanya sayur yang diimport sekarang ini mengalami kenaikan yang mendadak.

Kemungkinan dengan kenaikan harga barang barang mentah yang diluar kawalan sekarang memaksa pengendali restoran menaikkan harga makanan di premis mereka.

Diharapkan para peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga yang boleh membebankan pelanggan dari kenaikan harga barangan mentah sekarang ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Kosmo Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: