Restoran Caj untuk ‘ikat mati’ Teh Ais RM 0.50 diserbu KPDNHEP WPKL

Sebelum ini viral satu resit yang dikeluarkan oleh sebuah restoran mengenai bayaran RM 0.50 yang dikenakan untuk caj ikat mati sebungkus teh ais.

Susulan itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah membuat kunjungan ke restoran tersebut.

Hasil pemeriksaan KPDNHEP mendapati restoran tersebut gagal mempamerkan tanda harga minuman termasuklah harga untuk minuman yang dibungkus (ikat mati).

Pihak KPDNHEP WPKL seterusnya telah mengeluarkan kompaun disitu juga kepada pemilik premis restoran tersebut dibawah akta AKHAP 2011 kerana gagal mempamerkan tanda harga.

Peniaga tersebut memaklumkan setelah isu resit tersebut menjadi viral, mereka menukar sistem dalam resit dengan menggantikan perkataan ikat mati kepada perkataan bungkus.

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai.

Komen mencuit hati dari KPDNHEP

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: