Wea Selamos bakal berlakon filem bersama Syahmi Sazli

Wea Selamos meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk bergelar anak seni iaitu menjadi seorang pelakon bakal menjadi kenyataan.

Wea Selamos nama yang tidak asing lagi terutamanya di negeri Kelantan kerana selalu memuat naik video video yang menghiburkan di media sosial terutamanya di Facebook.

Wea Selamos yang mempunyai hampir 600 ribu pengikut di Facebooknya itu memuat naik status dan tangkap layar whatsapp perbualan beliau dengan Syahmi Sazli mengenai bayangan yang mereka akan bekerja sama dalam filem terbaharu terbitan Syahmi Sazli.

Selain terkenal dengan video kelakar di Facebook, Wea Selamos yang sebelum ini mencari rezeki dengan mencari Lokan juga membuat naik video mengenai kepakaran beliau melakukan rawatan tradisional.

Bagi mengejar cita cita sebagai pelakon Wea Selamos sebelum ini pernah menyertai audition untuk program Mencari Sepahtu yang Hilang bersama dengan seorang lagi kawannya iaitu Pian.

Peluang bekerjasama dengan Syahmi Sazli seorang selebriti media sosial yang cukup berpengaruh itu seharusnya tidak dilepaskan oleh Wea Selamos dalam mengembangkan lagi bakat beliau dalam bidang seni hiburan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: