Kejutan Tercipta di Bukit Jalil, KL City Juara Piala Malaysia 2021

Kejutan tercipta di Stadium Bukit Jalil, apabila pasukan Kuala Lumpur City FC berjaya menewaskan juara bertahan Johor Darul Takzim sekaligus berjaya menjulang kejuaraan Piala Malaysia buat kali ke empat.

Walaupun pasukan Harimau Selatan beraksi garang pada babak pertama perlawanan dengan menguasai hampir 70 peratus permainan namun mereka gagal untuk menembusi benteng pertahanan KL City.

Bermula babak kedua permainan, kedua dua pasukan dilihat saling mengasak ke kubu pasukan lawan. Beberapa percubaan dilakukan oleh kedua dua pasukan.

Perlawanan dilihat seimbang sebelum anak buah Bojan Hodak berjaya melakukan kejutan dengan pemain paling lama beraksi buat KL City, Zhafri Yahya berjaya menghasilkan jaringan pada minit ke 65′ hasil hantaran dari pemain sayap J. Partiban.

Jaringan kedua buat KL City terhasil pada minit ke 74′ menerusi ketua pasukan Poulo Josue yang menerima hantaran cantik Ryan Lambert sekaligus berjaya menewaskan Farizal Marlias buat kali kedua.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: