KPDNHEP Keluarkan notis kepada peniaga Kailan Ikan Masin RM18

Sebelum ini tular isu yang melibatkan sebuah restoran di Pulau Pinang mengenakan bil RM 18.00 untuk sepinggang sayur Kailan Ikan Masin menarik perhatian para netizen.

Media melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang telah mengeluarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) kepada peniaga terbabit.

Peniaga tersebut diberikan masa selama dua hari bekerja untuk memberikan tindak balas sebelum tindakan bakal diambil oleh pihak KPDNHEP.

Dalam perkembangan yang berkaitan pemilik restoran telah tampil memberi penjelasan mengenai harga menu di restoran tersebut. Menurut beliau untuk sayur Kailan Ikan Masin bersaiz S harga RM6, size M RM12 dan size L RM18.

Beliau juga berkata kekeliruan mungkin berlaku akibat kecuaian juruwang dalam memasukkan harga atau berkemungkinan akibat pelanggan memesan menu saiz L tetapi tukang masak sediakan menu size S.

Sebelum ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan penularan bil masakan Ikan Siakap di Langkawi yang berharga RM1,600 kemudian harga dua ekor Sotong Goreng RM100 di sebuah restoran nasi kandar dan terbaru roti canai berharga RM4 sekeping di sebuah gerai biasa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: