Surat tulisan tangan didakwa dari Dj Isma Halil Hamzah kepada peminat tersebar

Seorang peguam mendakwa telah mengunjungi anak guamnya iaitu seorang Dj Radio yang sudah tidak asing lagi di Malaysia iaitu Saudara Isma Halil Hamzah.

Menurut beliau anak guamnya itu kini ditahan reman di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan jika disabitkan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Beliau turut berkongsi gambar surat tulisan tangan yang dikatakan ditulis oleh Isma Halil Hamzah.

“Terima kasih semua sahabat, Saya ada… dan saya sihat. Ada di Sungai Buloh ni. Demi Allah saya tidak seperti berita negatif yang terfitnah kpd saya”

“Maafkan saya selepas tidak ke udara lagi. Sabarlah semua Sahabat, berpisah adalah untuk bertemu lagi. Terima Kasih kerana menyokong saya” berikut adalah kandungan isi surat yang ditulis.

Peguam yang dikenali sebagai Dato Ahmad Zaharil Muhaiyar itu juga memberitahu bahawa anak guamnya itu dituduh dan belum lagi dibicarakan mahupun disabitkan lagi akan kesalahan tersebut. Justeru itu beliau memohon agar tidak ada pihak pihak yang menimbulkan spekulasi lagi selepas ini.

Isma Halil Hamzah seorang penyampai radio cukup disegani, popular pada tahun 90an ketika bersama saluran Radio Muzik FM yang selalu memainkan lagu bergenre Metal dan Rock Kapak.

Walau di mana pun Saudara Isma Halil Hamzah berada sekarang, ramai peminat setianya mendoakan agar beliau dalam keadaan baik dan dipermudahkan segala urusan beliau.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: