10 Fakta menarik mengenai kejayaan KL City pada Piala Malaysia 2021

1. Piala Malaysia 2021 merupakan edisi ke 95 dan ia adalah kali ke 100 tahun sejak penubuhannya pada 1921.

2. Pemain yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan Zhafri Yahya yang merupakan penjaring pertama pada perlawanan akhir semalam ialah pemain yang paling lama berada dalam skuad KL City iaitu selama 6 musim.

3. Ketua Jurulatih KL City Bojan Hodak merupakan bekas Ketua Jurulatih JDT pada tahun 2014, beliau juga menjadi Jurulatih Kelantan ketika mereka memenangi Piala Malaysia pada tahun 2012.

4. Ketampanan penjaga gawang KL City, Kevin Ray Mendoza Hansen menjadi tarikan peminat bolasepak terutamanya kaum perempuan. Kevin Mendoza merupakan pemain kelahiran Denmark bermain untuk skuad kebangsaan Filipina.

5. Muhammad Shukur Bin Adam merupakan pemain KL City yang paling tua beraksi pada umur 42 tahun di pentas akhir Piala Malaysia 2021, ini merupakan perlawanan terakhir belia sebelum bersara.

6. Selain Shukur Adam, dua lagi pemain senior yang beraksi bersama KL City ialah Indra Putra Mahyudin yang berusia 40 tahun dan Shafii Sali 37 tahun.

7. KL City membuktikan ‘bola itu bulat’ kerana berjaya menewaskan JDT yang dibarisi barisan pemain berstatus bintang, jika diukur diatas kertas keupayaan KL City jauh ketinggalan di belakang JDT.

8. Seorang penyokong JDT di Tiktok dengan yakin berjanji akan berbogel dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru sekiranya KL City berjaya menewaskan JDT pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2021.

9. Penantian selama 32 tahun KL City untuk memenangi Piala Malaysia selepas kali terakhir dimenangi pada 1989 berakhir.

10. Merupakan kejuaraan Piala Malaysia kali keempat buat KL City setelah mereka berjaya menjulang trofi paling berprestij itu pada tahun 1987, 1988 dan 1989.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: