Gelagat ‘Si Bulus’ kecut berdepan Burung Hantu mencuit hati Netizen

Sebuah video yang mencuit hati mengenai seekor kucing dan seekor burung hantu dimuat naik oleh seorang pengguna di aplikasi Tiktok menjadi viral dan ditonton oleh ramai orang di seluruh dunia.

Video yang berdurasi 1.23 minit itu menunjukkan gelagat comel seekor kucing yang dilihat seperti cemas dan ketakutan apabila berhadapan dengan seekor burung hantu.

Kucing tersebut sedang dalam ketakutan berada di belakang burung hantu terus melarikan diri apabila burung hantu itu berpusing kepadanya. Reaksi muka kucing yang ketakutan itu walaubagaimanapun kelihatan comel dan mencuit hati para netizen.

Video tersebut telah ditonton lebih 12 juta kali, ia juga telah dikongsi lebih 87 ribu kali serta menerima lebih 1.9 juta tanda suka oleh pengguna Tiktok di seluruh dunia.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Tiktok Nika Zubra

Leave a Reply

%d bloggers like this: