65 Pelajar Sebuah Sekolah Berasrama Penuh Positif Covid 19

Apa yang dirisaukan oleh orang ramai terutamanya ibu bapa menjadi kenyataan, di Cyberjaya 65 orang pelajar di sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) disahkan positif virus Covid-19.

Difahamkan seramai 65 pelajar di Sekolah Seri Puteri telah dijangkiti, perkara tersebut disahkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin di ciapan twitternya.

Dr Radzi Jidin ditemani oleh Datin Seri Hajah Nur Zamani Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan Dr Md Nasir dari Pejabat Kesihatan Daerah Sepang sempat meluangkan masa untuk meninjau dan mendapat gambaran sebenar keadaan di sekolah tersebut semalam.

Kejadian jangkitan tersebut dikatakan yang pertama kali berlaku melibatkan pelajar tingkatan 1 dan 2 di sekolah SBP. Difahamkan seramai 60 orang pelajar telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang semalam.

Difahamkan juga penularan kes Covid-19 di Sekolah Seri Puteri itu berpunca daripada seorang guru di sekolah berkenaan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: